Anak Soleh

Saturday, 30 March 2013

Raudhatus Sakinah_Marilah menuju keinsafan




Maksud Hadis Rasulullah SAW ; "Orang-orang Islam mereka saling menyayangi, mengasihani, ibarat satu jasad, apabila satu bahagian dalam kesakitan, maka akan merasa sakit seluruh badan dengan tidak selesa dan panas demam"


"Apa yang sempat saya petik dari page ini............jom kite selusuri jap..menarik..!!"

MATLAMAT RAUDHATUS SAKINAH
  • Membantu remaja menghayati islam sebagai cara hidup
  • Membantu remaja membina semua keyakinan diri untuk meneruskan hidup yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.


KHIDMAT DAN BIMBINGAN

  • BIMBINGAN ROHANI - Fardhu'ain, Al- Qur'an, hadith, Bimbingan Mukmin, Akhlaq, Akidah, Do'a dan Sirah Nabi.
  • BIMBINGAN BINA DIRI - Kaunseling Individu dan Kelompok, Motivasi dan Jatidiri.
  • BIMBINGAN AKADEMIK - Kelas Bahasa Inggeris.
  • RIADAH, REKREASI DAN KESENIAN - Senaman(aerobik), Rehlah, Outdoor Games dan Nasyid/Pantomime/Sajak/lakonan dsbnya.
  • KEMAHIRAN DIRI - Komputer, Masakan, Jahitan dan Kraftangan, Berkebun

AKTIVITI SAMPINGAN

  • Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada remaja yang memerlukan.
  • Mengadakan program pencegahan iaitu program " Anda Bijak Jauhi Zina" untuk pelajar sekolah menengah dan IPT.

SYARAT KEMASUKAN

  • Remaja puteri berumur 12 - 25 tahun.
  • Gadis islam dan warganegara Malaysia.
  • Mangsa gejala sosial seperti : penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.
  • Bebas dari kes undang-undang dan penyakit kronik.
  • Bersedia merubah diri dan bersedia menjalani bimbingan sekurang-kurangnya setahun.

Friday, 17 April 2009

TAHNIAH ! RSK DAN DAKWAH DIGITAL

Salam
Tahniah diucapkan kepada Raudhatus Sakinah Kelantan ( RSK )khusus kepada Dr Zaharah selaku pengerusi dan Pn Ilham selaku pengurus RSK yang telah memulakan lembaran baru bagi RSK untuk melangkah ke era baru dakwah digital.

Pengalaman kita mengendalikan rumah perlindungan dan bimbingan seperti RSK memberikan keinsafan kepada kita bahawa usaha preskriptif atau pengubatan seperti bimbingan dan pemulihan remaja mesti lah seiring malah di gandakan dengan usaha preventatif atau pencegahan berbentuk program pendidikan.
Sehubungan dengan itu, RSK keluar kepada masyarakat dan menawarkan program berbentuk pencegahan.

Antara program yang disediakan adalah :
  1. Program mencetuskan kesedaran seperti Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)yang merupakan program separuh hari bertujuan memberikan kesedaran kepada remaja tentang kesihatan reproduksi mereka dan kepentingan mengurus perubahan transisi remaja dan menjauhi gejala yang tidak sihat termasuk menjauhi zina. Kami mengalu-alukan kerjasama dari semua sekolah, persatuan penduduk, masjid, badan- badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk berkerjasama dengan kami menganjurkan kempen ini. Sejak ia dilancarkan pada tahun 2006, banyak sekolah, kolej dan IPT serta persatuan yang telah bersama kami menganjurkan program ini.
  2. Modul Kesihatan Reproduksi Remaja ( MKRR ) - Modul ini dibangunkan oleh Raudhatus Sakinah Pusat untuk memberikan latihan yang lebih mendalam kepada remaja agar mereka dapat mengharungi cabaran kehidupan remaja dengan penuh kemahiran. Melalui modul-modul latihan yang boleh dipilih, program boleh disesuaikan kepada kumpulan sasaran yang berkenaan.
  3. Program Kemahiran Keibubapaan Efektif - Kita mendapati antara faktor yang penting dalam pembinaan remaja adalah dengan memberikan kesedaran dan kemahiran keibubapaan kepada ibubapa remaja. Beberapa modul telah kami bangunkan untuk memenuhi semua peringkat umur anak-anak kita.

RSK berazam untuk menyumbang dalam pembinaan generasi remaja yang mempunyai jatidiri ummah cemerlangmelalui pembinaan iman dan taqwa kepada Allah, Tuhan pencipta manusia itu sendiri. Hanya apabila terbentuknya masyarakat yang ibubapanya beriman dan anak-anak mereka terdidik dengan jatidiri muslim yang sejati, barulah masyarakat dapat hidup aman sejahtera tanpa gejala sosial yang bobrok dan membelenggu mereka.

Wassalam.

Dr Hafidzah Mustakim

JK Pendidikan RSK

Thursday, 16 April 2009

DOKTOR DI RADIO

Hari ini, pengerusi RSK, Dr Zaharah Sulaiman dijemput ke Kelantan FM bagi mengisi slot Doktor Di Radio. Rancangan ini ke udara dari pukul 1o hingga 11 pagi. Beliau dijemput di atas kapasitinya sebagai Pakar Perkembangan Kesihatan Wanita, yang mana beliau mengetuai unit itu ( UPKW ) di Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM )Kubang Kerian.

Dr Zaharah bercakap mengenai Masalah Sosial Di Kalangan Remaja dan Implikasi Dari Sudut Kesihatan.

Beliau menegaskan, implikasi kesihatan ini diberi tumpuan khusus kepada remaja perempuan yang lebih terdedah kepada jangkitan penyakit-penyakit kelamin dan HIV kerana faktor biologi.

Apa yang membimbangkan, statistik menunjukkan peningkatan yang sangat ketara di kalangan remaja perempuan atau wanita muda ( di bawah umur 30 tahun ) yang dijangkiti virus HIV. Kajian yang dilakukan pada tahun 1999 menunjukkan seorang wanita bagi setiap 80 penghidap HIV. Angka ini telah meningkat kepada seorang wanita bagi setiap 15 orang pada tahun 2008!!! Secara tidak lansung, ini menunjukkan betapa ramainya remaja kita yang terlibat dalam seks bebas dari sehari ke sehari.

Yang lebih menyedihkan juga, remaja-remaja ini, bila ditanya (samada semasa sesi temuduga kemasukan ke RSK atau semasa program " Anda Bijak Jauhi Zina ( ABJZ ) " di sekolah-sekolah ), mengatakan mereka sedar tentang risiko-risiko kesihatan ini, tapi keseronokan mengatasi segala-galanya......

Dr Zaharah menekankan mesej kepada ibubapa secara khususnya untuk lebih memberi tumpuan kepada anak-anak remaja. Kurangnya tumpuan dan kasih sayang dari keluarga lah punca utama remaja-remaja mencari alternatif di luar.

DJ Kelantan FM juga telah menanyakan beberapa soalan mengenaiRSK dan DR Zaharah telah memberi penerangan mengenai syarat kemasukan ke pusat ini serta khidmat dan bimbingan yang disediakan.

Sesi diakhiri dengan Dr Zaharah memberikan tip keibubapaan yang di ambil dari nasihat Saidina Ali R.A iaitu, " Didik lah anak-anak kita mengikut peringkat umur mereka. Bermain dengan mereka pada 7 tahun yang pertama, Mendisiplinkan mereka pada 7 tahun kedua dan Berkawanlah dengan mereka pada 7 tahun yang seterusnya".

Semoga jadi panduan untuk kita semua, Insya Allah.

Wednesday, 15 April 2009

CARTA ORGANISASI RSK 2009




PENGERUSI RAUDHATUS SAKINAH KELANTAN 

DR ZAHARAH SULAIMAN





JAWATANKUASA PENGURUSAN

PUAN WAN AISHAH WAN IBRAHIM


DR HAFIDZAH MUSTAKIM


USTAZ AZIZEE ROHIM JAPRI


DR NORHANI ABD RANI


DR DIN SUHAIMI SIDEK


DR DASMAWATI MOHAMAD


DR MARYAM SUMAIYA AHMAD






PENGURUS


WARDEN


PENOLONG WARDEN

PENGENALAN

Remaja hari ini terdedah kepada pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat samada secara lansung atau sebaliknya. Kebanyakan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah ( RS ) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 dibawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( WJIM ). RS merupakan prokek berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja puteri. RS telah didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pusat Penjagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ).

RS Kelantan ( RSK ) adalah cawangan yang ditubuhkan untuk menampung keperluan menangani kes mangsa gejala sosial yang semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment