Anak Soleh

Sunday, 31 March 2013

Anak Soleh...



adik-adik remaja 
rakan-rakan
muda mudi di luar sana
jadilah insan yabg sentiasa ingin berubah ke arah yang lebih baik
jadilah insan contoh
sama-samalah kita membendung masalah pembuangan bayi
jadilah anak yang soleh/solehah
semoga kita temui redha Allah
di dalam keredhaan kedua orang tua kita
masih sempat untuk berubah
jommm...!!
berubah (^_^)

We are_Social work_Together We Care


Bantuan-->Petikan : Raudhatus Sakinah

Raudhatus Sakinah Bantu Remaja Terlanjur 


ANITA, 19 tahun (bukan nama sebenar) baru saja tamat peperiksaan akhir Matrikulasi di sebuah universiti awam tempatan. Hatinya melonjak-lonjak ingin bertemu kekasihnya, Herman, 21, (pelajar tahun 2 sebuah institusi pengajian tinggi awam) sebelum balik ke kampungnya untuk bercuti panjang.

Herman terlalu sayangkan Anita dan cuba melamarnya untuk mengikat tali pertunangan. Namun, orang tua Anita menolaknya dengan alasan dia masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Setelah berjumpa Herman, bas akhir yang ingin dinaiki Anita terlepas, menyebabkan dia terpaksa bermalam di rumah sewa Herman. Lalu berlakulah apa yang sepatutnya tidak berlaku pada seorang gadis belasan tahun yang masih mentah dalam bercinta.

"Saya rasa sangat menyesal kerana tidak tahu apa yang harus dibuat untuk menolak ajakan teman lelaki saya. Dia berjanji akan mengahwini saya, tetapi saya mahu melanjutkan pelajaran dulu". kata Anita.

Anita mengesyaki dirinya hamil selepas tiga bulan tidak kedatangan haid. Pada masa itu, dia baru saja mendapat keputusan matrikulasi yang melayakkan beliau memasuki kursus yang dikehendakinya. Namun, dia terpaksa menangguhkan dulu pengajiannya apabila diterima masuk ke Raudhatus Sakinah yang akan menguruskan kelahiran bayinya.

Ruzaimah, 23, (bukan nama sebenar) lama bercinta dengan Amir, 22, (bukan nama sebenar) yang tinggal di taman bersebelahan kawasan perumahannya. Percintaan mereka bermula sejak selesai Sijil Pelajaran Malaysia dan diketahui keluarga kedua-dua pihak. Kebetulan, mereka sama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke salah sebuah politeknik di Pantai Timur. Hubungan mereka seperti 'belangkas' dan diketahui oleh masyarakat kampus. Ruzaimah seorang pelajar pintar dan telah dua kali naik pentas menerima hadiah kecemerlangan pelajaran.

Malang nasibnya, apabila dia hamil akibat pergaulan bebas tanpa batasan, dia dan Amir disingkirkan dari kampus apabila penolong pengetuanya terhidu berita itu. Mereka terpaksa bernikah rahsia kerana ibu bapa Amir melarangnya berkahwin. Kini, Amir terpaksa bekerja di sebuah kedai runcit untuk menampung kehidupan mereka serta bayi yang bakal lahir.

Raudhatus Sakinah, yang menerima kemasukan Ruzaimah, membantu menguruskan perkahwinan mereka dan memberi khidmat kaunseling kepada pasangan remaja itu.

Kisah benar di atas hanya secebis daripada pelbagai kisah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit dengan gejala zina akibat pergaulan terlalu bebas tanpa batasan. Sungguh malang dan menyedihkan, mereka yang pintar ini, seharusnya menjadi contoh bagi remaja lain, Namun, disebabkan kejahilan terhadap kesihatan reproduksi, sikap ibu bapa yang terlalu mengongkong dan enggan memahami cinta remaja, serta pergaulan bebas, menyebabkan penyakit sosial ini semakin menular kebelakangan ini.

Statistik Raudhatus Sakinah menunjukkan, 15 peratus daripada pelatihnya adalah pelajar IPT. Namun, kami percaya jumlahnya lebih besar lagi.

Banyak maklumat yang kami terima daripada pelatih bahawa ada rakan mereka yang hamil, pergi ke klinik swasta untuk menggugurkan kandungan dengan hanya membayar sejumlah wang. Alangkah malangnya wang biasiswa yang diterima, digunakan pula untuk tujuan yang terkutuk itu!

Allah berfirman, maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar." (Surah al-Isra : 32-33).

Ayat di atas menunjukkan kaitan zina yang dilakukan dengan kesalahan membunuh, yang biasanya terpaksa dilakukan untuk menutup malu. Relakah kita melihat remaja kita menanggung dua dosa besar yang dilakukan? Kepada adik-adik remaja yang terlanjur, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Hentikan segala tindakan yang akan membawa kepada berlakunya zina sekali lagi.

Islam mengharuskan hubungan halal di antara lelaki dan wanita melalui perkahwinan. Malah, Islam menganggap perkahwinan sebagai sebahagian daripada amal salih dan ibadat kepada Allah. Islam mahu menjadikan perkahwinan itu, satu pekerjaan yang mudah dibuat dalam masyarakat serta menjadikan zina itu sebagai pekerjaan paling sukar dilakukan.

Kerana itu, Islam menggariskan konsep hijab yang juga kod etika atau pedoman bagi lelaki dan wanita berurusan dalam masyarakat.

Sistem hijab menekankan kepada menjaga batas pergaulan, adab berpakaian di kalangan ahli keluarga lelaki dan perempuan, dan adab menutup aurat di hadapan mereka yang halal dinikahi. Ia juga menekankan supaya menjauhi diri daripada syahwat yang tersembunyi, dengan cara menundukkan pandangan terhadap media lucah, pandangan berahi dan pendedahan aurat.

Remaja harus dididik supaya bertanggungjawab di atas segala tindakan mereka, yang akan memberi kesan pada kemudian hari. Sekali mereka terjebak, kesudahannya penyesalan sepanjang hayat! Apakah kesan bagi remaja IPT ini apabila berlaku kehamilan di luar nikah?

1. Mereka dibuang dari IPT atau digantung pengajian. Bayangkan perasaan malu yang menimpa serta masa depan yang gelap! Mereka juga terpaksa bekerja dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia saja.

2. Mereka menggugurkan kandungan dan dalam keadaan jahil, berterusan melakukan zina, hingga ada yang telah berkali-kali ke klinik untuk melakukan pengguguran! Perlu ditegaskan, melakukan pengguguran berulang kali dalam tempoh terdekat pada usia remaja boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem reproduksi dan mendatangkan pelbagai komplikasi pada masa depan.

3. Menghidap penyakit kelamin seperti herpes, sifilis dan Aids. Ini biasa berlaku kepada remaja perempuan yang berpasangan dengan lelaki dewasa yang sering pula bertukar-tukar pasangan.

4. Dibuang keluarga yang malu akibat perbuatan aib mereka.

5. Terpaksa bernikah secara tergesa-gesa tanpa persediaan mental dan emosional yang stabil.

6. Mengalami penderitaan emosi, terutama apabila si lelaki tidak mahu bertanggungjawab atau menghilangkan diri.

7. Gangguan mental juga dialami remaja perempuan apabila memikirkan masa depannya yang gelap.

Raudhatus Sakinah kerap menerima kes di mana ibu bapa masih enggan menikahkan anak mereka yang terlanjur atas alasan anak terlalu muda, masih lagi belajar dan belum bekerja. Apakah pekerjaan lebih penting dari bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan?

Ibu bapa pelajar lelaki juga didapati 'mengajar' anak lelaki mereka agar jangan mengaku, sebaliknya menyalahkan remaja perempuan yang mengandung, dengan tuduhan yang tidak wajar. Ini menyebabkan pernikahan tidak dapat diteruskan dan usaha menyelesaikan masalah pasangan itu menemui jalan buntu, sedangkan mereka sudah benar-benar insaf dan mahu bertanggungjawab.

Kami ingin meminta sekalian ibu bapa agar bersikap prihatin dan memahami remaja. Sekiranya anda melarang mereka daripada berkahwin ketika masih menuntut, nyatakan secara jelas sebabnya dan keprihatinan anda. Jangan galakkan mereka bertemu dan seterusnya hanyut dalam hawa nafsu.

Sekiranya mereka meminta izin untuk berkahwin demi mengelakkan maksiat, itulah yang sebaik-baiknya. Mudah-mudahan dengan berkat restu dan doa anda sebagai ibu bapa, keberkatan dan rahmat Allah akan melimpah dalam kehidupan mereka.

RAUDHATUS Sakinah menawarkan bantuan kaunseling siber kepada remaja bermasalah dan boleh dihubungi e-mel raudhatus_sakinah@yahoo.com
PENULIS adalah sukarelawan Raudhatus Sakinah

Wallahu'allam.
Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
19 March  2003

Keratan Akhbar_Pembuangan bayi



Conclusion : Pembuangan bayi


Ringkasannya di sini,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal kerana “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang masih muda iaitu usia remaja.


Saturday, 30 March 2013

KESAN-KESAN Pembuangan Bayi

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI


Mempunyai tiga kesan:
·         Kesan terhadap bayi
·         Kesan terhadap ibu yang melahirkan
·         Kesan terhadap keluarga perempuan
·         Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi


Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.


Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.






Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri  dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.


Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.

LANGKAH-LANGKAH Menangani


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI

Melalui tiga peranan iaitu:
·         Peranan pihak berkuasa dan badan NGO
·         Peranan ibu bapa
·         Peranan pihak media massa


Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO

       Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.

Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.

Peranan Pihak Media Massa

Peranan pihak media massa adalah memberikan  pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang  seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja  dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen 18sx.

PUNCA-PUNCA : Pembuangan Bayi



PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

Melalui empat kategori iaitu:
·         Daripada Ibu Bapa
·         Daripada rakan sebaya
·         Daripada laman sesawang
·         Daripada diri Sendiri



Daripada Ibu Bapa

[1]Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.







Daripada Rakan Sebaya

Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya di IPTA  mahupun IPTS. Mereka  secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada waktu ini  mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan remaja  mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga  melampaui batasan agama seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.










Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik

Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana  apa sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks oleh media



elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorng mereka dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar  nikah.  






Daripada Diri Sendiri











Masyakat kini boleh digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan islam lagi. Kanak-kanak perempuan akan dibunuh dan di hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya nutuk mempertahankan maruah keluarga. Begitulah terjadi pada zaman sekarang, kanak-kanak turut dilayan sebegitu rupa tanpa berasa belas kasihan dan dibuang merata-rata hanya untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga pembuang itu. Perbuatan ini membuat bayi menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Jika dibandingkan haiwan dengan manusia, haiwan lebih baik kerana masih mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anaknya.
Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A’raf ayat 179:
Maksudnya:
” Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannyadan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu sepertibinatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai ” .

PENGERTIAN Pembuangan Bayi



PENGERTIAN PEMBUANGAN BAYI

[1]   Pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah.Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah, longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.Apakah kita ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidal berperikemanusiaan seperti berlaku pada zaman jahiliah sebelim kedatangan Islam. Kanak-kanak teruma permpuan akan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya mempertahankan maruah keluarga.

[2]   Ajaran Islam dalam pembuangan dan penguguran bayi sangat diharamkan di kalangan masyarakat islam. Ianya dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimanapun yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".


[1] www.punca pembuangan bayi.com
[2] www.berilah aku peluang untuk hidup.com

ABSTRAK : Kes-kes Pembuangan Bayi


PENGENALAN
      
 Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun ini, membuang bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas pembuatan penzinaan tersebut.
      Tujuan kami memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi pembuangan bayi ini. Dalam isu yang diketengahkan ini, matlamat kami bertujuan untuk menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah yang amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki yang Allah s.w.t turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang bayi tersebut dan tidak bersyukur atas nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn bayi sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas penzinaan yang telah kita lakui.
        Saya mewakili "Together we Care..We Love" berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan yang amat penting bahawa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan peratus  yang tinggi malah kaum melayu beragama Islam.

 

HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI BERSAMA HELIZA HELMI

(^_^)

Raudhatus Sakinah_Marilah menuju keinsafan




Maksud Hadis Rasulullah SAW ; "Orang-orang Islam mereka saling menyayangi, mengasihani, ibarat satu jasad, apabila satu bahagian dalam kesakitan, maka akan merasa sakit seluruh badan dengan tidak selesa dan panas demam"


"Apa yang sempat saya petik dari page ini............jom kite selusuri jap..menarik..!!"

MATLAMAT RAUDHATUS SAKINAH
  • Membantu remaja menghayati islam sebagai cara hidup
  • Membantu remaja membina semua keyakinan diri untuk meneruskan hidup yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.


KHIDMAT DAN BIMBINGAN

  • BIMBINGAN ROHANI - Fardhu'ain, Al- Qur'an, hadith, Bimbingan Mukmin, Akhlaq, Akidah, Do'a dan Sirah Nabi.
  • BIMBINGAN BINA DIRI - Kaunseling Individu dan Kelompok, Motivasi dan Jatidiri.
  • BIMBINGAN AKADEMIK - Kelas Bahasa Inggeris.
  • RIADAH, REKREASI DAN KESENIAN - Senaman(aerobik), Rehlah, Outdoor Games dan Nasyid/Pantomime/Sajak/lakonan dsbnya.
  • KEMAHIRAN DIRI - Komputer, Masakan, Jahitan dan Kraftangan, Berkebun

AKTIVITI SAMPINGAN

  • Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada remaja yang memerlukan.
  • Mengadakan program pencegahan iaitu program " Anda Bijak Jauhi Zina" untuk pelajar sekolah menengah dan IPT.

SYARAT KEMASUKAN

  • Remaja puteri berumur 12 - 25 tahun.
  • Gadis islam dan warganegara Malaysia.
  • Mangsa gejala sosial seperti : penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.
  • Bebas dari kes undang-undang dan penyakit kronik.
  • Bersedia merubah diri dan bersedia menjalani bimbingan sekurang-kurangnya setahun.

Friday, 17 April 2009

TAHNIAH ! RSK DAN DAKWAH DIGITAL

Salam
Tahniah diucapkan kepada Raudhatus Sakinah Kelantan ( RSK )khusus kepada Dr Zaharah selaku pengerusi dan Pn Ilham selaku pengurus RSK yang telah memulakan lembaran baru bagi RSK untuk melangkah ke era baru dakwah digital.

Pengalaman kita mengendalikan rumah perlindungan dan bimbingan seperti RSK memberikan keinsafan kepada kita bahawa usaha preskriptif atau pengubatan seperti bimbingan dan pemulihan remaja mesti lah seiring malah di gandakan dengan usaha preventatif atau pencegahan berbentuk program pendidikan.
Sehubungan dengan itu, RSK keluar kepada masyarakat dan menawarkan program berbentuk pencegahan.

Antara program yang disediakan adalah :
  1. Program mencetuskan kesedaran seperti Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)yang merupakan program separuh hari bertujuan memberikan kesedaran kepada remaja tentang kesihatan reproduksi mereka dan kepentingan mengurus perubahan transisi remaja dan menjauhi gejala yang tidak sihat termasuk menjauhi zina. Kami mengalu-alukan kerjasama dari semua sekolah, persatuan penduduk, masjid, badan- badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk berkerjasama dengan kami menganjurkan kempen ini. Sejak ia dilancarkan pada tahun 2006, banyak sekolah, kolej dan IPT serta persatuan yang telah bersama kami menganjurkan program ini.
  2. Modul Kesihatan Reproduksi Remaja ( MKRR ) - Modul ini dibangunkan oleh Raudhatus Sakinah Pusat untuk memberikan latihan yang lebih mendalam kepada remaja agar mereka dapat mengharungi cabaran kehidupan remaja dengan penuh kemahiran. Melalui modul-modul latihan yang boleh dipilih, program boleh disesuaikan kepada kumpulan sasaran yang berkenaan.
  3. Program Kemahiran Keibubapaan Efektif - Kita mendapati antara faktor yang penting dalam pembinaan remaja adalah dengan memberikan kesedaran dan kemahiran keibubapaan kepada ibubapa remaja. Beberapa modul telah kami bangunkan untuk memenuhi semua peringkat umur anak-anak kita.

RSK berazam untuk menyumbang dalam pembinaan generasi remaja yang mempunyai jatidiri ummah cemerlangmelalui pembinaan iman dan taqwa kepada Allah, Tuhan pencipta manusia itu sendiri. Hanya apabila terbentuknya masyarakat yang ibubapanya beriman dan anak-anak mereka terdidik dengan jatidiri muslim yang sejati, barulah masyarakat dapat hidup aman sejahtera tanpa gejala sosial yang bobrok dan membelenggu mereka.

Wassalam.

Dr Hafidzah Mustakim

JK Pendidikan RSK

Thursday, 16 April 2009

DOKTOR DI RADIO

Hari ini, pengerusi RSK, Dr Zaharah Sulaiman dijemput ke Kelantan FM bagi mengisi slot Doktor Di Radio. Rancangan ini ke udara dari pukul 1o hingga 11 pagi. Beliau dijemput di atas kapasitinya sebagai Pakar Perkembangan Kesihatan Wanita, yang mana beliau mengetuai unit itu ( UPKW ) di Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM )Kubang Kerian.

Dr Zaharah bercakap mengenai Masalah Sosial Di Kalangan Remaja dan Implikasi Dari Sudut Kesihatan.

Beliau menegaskan, implikasi kesihatan ini diberi tumpuan khusus kepada remaja perempuan yang lebih terdedah kepada jangkitan penyakit-penyakit kelamin dan HIV kerana faktor biologi.

Apa yang membimbangkan, statistik menunjukkan peningkatan yang sangat ketara di kalangan remaja perempuan atau wanita muda ( di bawah umur 30 tahun ) yang dijangkiti virus HIV. Kajian yang dilakukan pada tahun 1999 menunjukkan seorang wanita bagi setiap 80 penghidap HIV. Angka ini telah meningkat kepada seorang wanita bagi setiap 15 orang pada tahun 2008!!! Secara tidak lansung, ini menunjukkan betapa ramainya remaja kita yang terlibat dalam seks bebas dari sehari ke sehari.

Yang lebih menyedihkan juga, remaja-remaja ini, bila ditanya (samada semasa sesi temuduga kemasukan ke RSK atau semasa program " Anda Bijak Jauhi Zina ( ABJZ ) " di sekolah-sekolah ), mengatakan mereka sedar tentang risiko-risiko kesihatan ini, tapi keseronokan mengatasi segala-galanya......

Dr Zaharah menekankan mesej kepada ibubapa secara khususnya untuk lebih memberi tumpuan kepada anak-anak remaja. Kurangnya tumpuan dan kasih sayang dari keluarga lah punca utama remaja-remaja mencari alternatif di luar.

DJ Kelantan FM juga telah menanyakan beberapa soalan mengenaiRSK dan DR Zaharah telah memberi penerangan mengenai syarat kemasukan ke pusat ini serta khidmat dan bimbingan yang disediakan.

Sesi diakhiri dengan Dr Zaharah memberikan tip keibubapaan yang di ambil dari nasihat Saidina Ali R.A iaitu, " Didik lah anak-anak kita mengikut peringkat umur mereka. Bermain dengan mereka pada 7 tahun yang pertama, Mendisiplinkan mereka pada 7 tahun kedua dan Berkawanlah dengan mereka pada 7 tahun yang seterusnya".

Semoga jadi panduan untuk kita semua, Insya Allah.

Wednesday, 15 April 2009

CARTA ORGANISASI RSK 2009




PENGERUSI RAUDHATUS SAKINAH KELANTAN 

DR ZAHARAH SULAIMAN





JAWATANKUASA PENGURUSAN

PUAN WAN AISHAH WAN IBRAHIM


DR HAFIDZAH MUSTAKIM


USTAZ AZIZEE ROHIM JAPRI


DR NORHANI ABD RANI


DR DIN SUHAIMI SIDEK


DR DASMAWATI MOHAMAD


DR MARYAM SUMAIYA AHMAD






PENGURUS


WARDEN


PENOLONG WARDEN

PENGENALAN

Remaja hari ini terdedah kepada pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat samada secara lansung atau sebaliknya. Kebanyakan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah ( RS ) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 dibawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( WJIM ). RS merupakan prokek berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja puteri. RS telah didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pusat Penjagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ).

RS Kelantan ( RSK ) adalah cawangan yang ditubuhkan untuk menampung keperluan menangani kes mangsa gejala sosial yang semakin meningkat.